Kadet Remaja Sekolah

Saturday, February 13, 2010

Tunas Kadet Remaja Sekolah

image image

image image

 

SEJARAH PENUBUHAN

TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH ( TKRS )

Tunas Kadet Remaja Sekolah ( TKRS ) telah mula diasaskan pada 15 Mac 1999. Sekolah yang menjadi sekolah pertama ( perintis ) menubuhkan TKRS ialah Sekolah Kebangsaan Seri Melati, Kuala Lumpur yang sekarang ini dikenali dengan nama Sekolah Kebangsaan Setapak Indah. Tunas Kadet Remaja Sekolah ditubuhkan oleh En. Wan Mohd. Ariffin bin Wan Hussin khas untuk murid-murid sekolah rendah seperti mana Kadet Remaja Sekolah untuk murid-murid sekolah menengah sahaja. Antara tujuan TKRS ditubuhkan adalah untuk memberikan pendedahan awal kepada pelajar-pelajar mengenai KRS. Ini kerana TKRS merupakan KRS di peringkat awal ( sekolah rendah ). Kurikulum, matlamat dan objektif serta perjuangan TKRS adalah berdasarkan Kadet Remaja Sekolah   ( KRS ).

Pada awal penubuhan, pasukan ini dinamakan Tunas Kadet Remaja Islam Sekolah ( TKRIS ). Dewasa ini TKRIS dikenali dengan nama Tunas Kadet Remaja Sekolah. Penubuhan Tunas Kadet Remaja Sekolah secara rasminya telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelajaran YB Dato’ Noh b. Omar di Stadium Sultan Abdul Halim, Kedah Darul Aman pada 26 Mac 2006.

AKTIVITI-AKTIVITI YANG DIJALANKAN

image

PAKAIAN DAN PERALATAN KADET TUNAS KRS

1. Seluar sekolah ( warna biru )

Aksesori pada seluar :
- Tali pinggang kanvas Sherwood dark green berkepala warna emas dan berlogo KRS

2. Baju warna light green

( lengan panjang- perempuan : lengan pendek-lelaki ) berbutang 7 biji, warna hijau muda.

Aksesori pada baju :

- kolar dot ( epoxy bulat )

- Lencana poket

- lanyard warna merah

“ single-line”

- Tanda nama warna hitam dan

tulisan putih : “border ber warna putih “

3. Kasut kulit/pvc/kanvas berwarna hitam dan berstokin hitam

4. Beret berwarna “ sheerwood dark green”

Aksesori pada beret :

- Lencana KRS ( Logam ) berwarna emas dan berpelapik merah

( Rujuk Gambar )

 

image

image

 

clip_image001[7]

 

 

clip_image001[11]
clip_image001[13]

clip_image001[17]

No comments:

Post a Comment